Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Akta Penyemakan Undang-undang (Pindaan) 2019 pada 18-7-2019
Video here
Video here
Terima kasih Tuan Speaker ,
Saya bangun untuk membahaskan suatu akta untuk meminda Akta Penyemakan Undang-undang 1968. Tadi saya telah mendengar dengan jelas hujah Yang Berhormat Timbalan Menteri dan akta ibu adalah telah menjelaskan ia merupakan suatu akta untuk membuat peruntukan untuk menyemak dan mencetak semula undang-undang dan perundangan subsidiari dan ia akan dipakai di seluruh Malaysia.
Tuan Speaker,
Hanya 18 seksyen sahaja dalam akta ibu dan dalam pindaan ini saya telah membuat kajian dan semakan dalam cadangan ini, akta pindaan akan mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2019 iaitu. Saya ingin bertanya sama ada sempat atau tidak. Ini kerana dibawa dalam pindaan ini telah menyatakan 1 Ogos 2019, lagi dua minggu begitu sahaja perlu kelulusan Dewan Rakyat, Dewan Negara dan juga Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan. Masa itu of the essence, sama ada sempat kita berbuat demikian.
Saya juga memerhatikan bahawa dalam pindaan Akta Penyemakan Undang- undang 1968, intisari untuk membuat perubahan dalam mana-mana undang- undang bertulis untuk menunjukkan apa-apa pertukaran nama jawatan atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab mana-mana Menteri atau pertukaran nama-nama kementerian. Saya memerhatikan bahawa ia adalah satu procedural, secara prosedur yang memberikan kuasa kepada Pesuruhjaya Penyemak Undang- undang untuk membuat apa-apa pindaan berkenaan dalam undang-undang bertulis dan juga undang-undang subsidiari.
Tuan Speaker,
Saya rasa ini lebih kurang prosedur dan tidak melibatkan apa-apa perubahan substantif terhadap perundangan. Saya ingin juga mendapatkan penjelasan kerana dalam rang undang-undang ini telah menyatakan implikasi kewangan dalam perbelanjaan tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini. Apakah implikasi kewangan yang akan timbul kerana hanya pertukaran procedural dalam rang undang-undang ini? Saya rasa ini ialah procedural dan saya ingin menyatakan sokongan saya terhadap rang undang-undang ini
No comments:
Post a Comment